Friday, October 9, 2009

MANA DATANG SI GUNNERS NI??



ERA TERBINA DAN PERMULAAN THE GUNNERS


Kedatangan Arsenal fc di dalam kancah bola sepak bermula di Woolwich, ditenggara kota london pada tahun 1886(100 tahun sebelum aku lahir) dengan nama pertama dia Dial Square..

Tak lama lepas tu dah boring sangat diorang menukar nama kepada Royal Arsenal..boleh pula diorang tukar nama kepada Woolwich Arsenal pada tahun 1891..Lepas tu diorang pakat ramai2 bepindah ke wilayah utara kota London pada tahun 1913 di daerah Highbury pasal mungkin tempat lama kena roboh dek Bandaraya nak buat tapak Circus London kot.. Mereka mendirikan monument penting Arsenal FC di Highbury dengan menbinanya Stadium Highbury..Selepas mendirikan Highbury,mereka merasakan nama Woolwich tidak sesuai digunakan dan mereka membuang nama Woolwich kedalam tong sampah dan hanya mengunakan nama Arsenal...
Stadium Highbury menjadi titik noktah permulaan Arsenal




Kawasan Stadium Highbury memang berdekatan dengan port Tottenham Hotspur dan memang menjadi kebiasaan Hooligan Spurs dan Hooligan Gunners hari2 berentap sampai tak muat nak sumbat dalam penjara kerana dek keganasan hooligan ni..dan kalau kedua-dua pasukan ini bertembung dalam perlawanan mereka akan diistiharkan North London derby dan perlawanan paling Panas di London..
Hooligan-hooligan yang bersepah-sepah di England bukan sahaja di London malah diseluruh dunia..


Kerjayaan Arsenal didalam bola sepak England bermula oleh jurulatih Herbert Chapman yang melatih dan merangging permain arsenal pada tahun 1925-1935 dan berjaya menghasilkan beberapa kejuaraan pada skuad The Gunners didalam liga domestik seperti Piala FA,Piala sumbangsih(Charity Shield) dan liga Utama dan sekaligus medominasi dan menjadikan Arsenal sebagai kelab terkuat didalam liga domestik..


Arsenal bermula megembangkan sayapnya di peringkat Eropah dengan menjuarai Fair Cup(Uefa cup nama sekarang)pada tahun 1969-1970 setelah mengalahkan R.S.C. Anderlecht dengan Agregat 4-3 (dengan sistem home and away) yang dibimbing oleh Bertie Mee (nama cam Mee Goreng la pulak,mesti gelak cam mamak dia ni),dan pada perlawanan itu adalah perlawanan pertama bagi kelad Arsenal di peringkat Eropah...


ERA THE GUNNERS SEKARANG


Kebijaksanaan pemilik Arsenal pada tahun 1996 mempelawa Arsene Wenger menjadi Pengurus pasukan Arsenal didalam kancah bola sepak Inggeris adalah sesuatu perkara bijak...Arsene Wenger telah mengucar kacirkan dominasi Manchester united di dalam kancah bola sepak Inggeris dan membuat Arsenal umpama gergasi besar di Eropah..Hanya didalam masa 2 tahun membimbing Arsenal,Pada tahun 1998 Arsene Wenger mendapat Hadiah pertama yang sangat besar dengan memenangi Piala Sumbangsih(Community Shield) ,selepas itu memenangi Liga inggeris dan tidak sampai beberapa hari Arsenal memenangi Piala FA..ini telah membuat Manchester United berbulu dengan Arsenal dan orang tua Nyanyuk(Fergie)telah menarik balik kata2 beliau apabila telah mengata Wenger hanya layak memimpin kelab jepun sahaja..
(Atas) Pengurus Paling berjaya di Arsenal abad ini...

(Bawah) musuh tradisi Arsene Wenger di England ,Orang Tua Nyanyuk (Alex Ferguson)..



Arsene Wenger hampir membawa Arsenal memenangi Piala di Eropah pada tahun 1999-2000
Arsenal menjadi naib Juara UEFA Cup tewas kepada kelab negara Turki iaitu Galatasaray dengan tendangan penalti 4-1..Pada Tahun 2005-2006 Arsenal hampir membawa pulang Piala Juara-Juara Eropah tetapi kebodohan penjaga gol Arsenal (leahman) membawa padah kepada kelab Arsenal apabila beliau dibuang padang kerana segaja menjatuhkan Semuel Eto'o dan beliau telah di gantikan dengan Almunia yang pada masa itu tersangat sayur pada masa itu..Jadi Arsenal telah kalah 2-1 kepada F.C Barcalone..



Kejayaan Arsene Wenger paling besar didalam Liga domestik adalah mencipta rekod 49 perlawanan tanpa kalah pada Liga Perdana Inggeris pada musin 2003-2004 hingga awal musim 2004-2005 telah meleburkan rekod dipegang Nottingham Forest F.C sebanyak 42 kali...

Permain-permain meraihkan kejayaan memenangi Liga Perdana Inggeris pada tahun 2003-2004





STADIUM BARU ARSENAL BESARNYA DIKOTA LONDON


Stadium Highbury telah ditukar ganti kepada stadium baru dan tercangih dengan terbinanya Stadium Emirates diutara London..Dibuka pada Julai 2006 dan bekapasiti 60,432 tempat duduk menjadikan Stadium Arsenal sebagai Stadium 3 teramai di London...


Stadium Emirates berdiri megah di utara kota London


BERSEBELAHAN..(kanan) Stadium Emirates dan Stadium lama Stadium Highbury


ERA-ERA PENGURUS ARSENAL F.C

*Thomas Mitchell (1897-1989)
*George Allison (1934 - 1947)
*Arsene Wenger (1996-sekarang)
*Leslie Knighton (tidak ingat)
*Herbert Chapman (tidak ingat)
*Tom Whittaker (tidak ingat)

dan banyak lagi cuma infonya tak dapat dikesan...

No comments: