Selepas bertungkus-lumus mengali sebuah kawasan tinggalan sejarah sedalam 1,000 meter.Ahli arkeologi Sweden telah menjumpai cebisan wayar tembaga berusia 1,000 tahun.Para saintis dan ahli arkeologi Sweden membuat kesimpulan bahawa penemuan itu membutikan 1,000 tahun dahulu,nenek moyang mereka sudah mempunyai sistem rangkaian komunikasi yang menggunakan wayar tembaga.
Berita itu mengejutkan ahli-ahli sejarah dan saintis Britain.Setelah seminggu kemudian mereka menggali sebuah kawasan tinggalan sejarah di utara negara itu dan selepas menggali sedalam 2,000 meter ,mereka menemui sesuatu yang amat mengejutkan. Suratkhabar di United Kingdom keesokannya menyiarkan berita:Ahli-ahli arkelogi British telah menjumpai cebisan kabel fiber-optik berusia 2,000 tahun.Setelah diteliti ahli-ahli sejarah dan saintis kita membuat kesimpulan bahawa penemuan itu membuktikan ,nenek moyang kita sudah pun menpunyai rangkaian komunikasi digital yang berteknologi tinggi 1,000 tahun lebih dahulu berbanding Sweden!
Seminggu kemudian ,surat khabar Bangladesh pula mengeluarkan berita :selepas menggali sedalam 5,000 meter di sebuah ladang jut di Chittagong,ahli-ahli arkeologi kita tidak menemui apa-apa.Oleh itu ,kita membuat kesimpulan bahawa 5,000 tahun dahulu nenek moyang kita telah mempunyai sistem rangkaian komunikasi tanpa wayar..
No comments:
Post a Comment