Datuk F dan Datuk N duduk di lobi hotel lima bintang mengutuk pemandu masing-masing.
"You tau"Kata Datuk F,"driver i tu bodoh betul!Cuba you tengok ni."
Terus Datuk F panggil pemandunya yang sedang duduk berbual dengan pemandu Datuk N diluar hotel.Apa lagi,mencicit lelaki itu mendapatkan Datuk F.
"Din,"kata Datuk F, "ini duit 10 ringgit ,pergi kedai kereta.Belikan saya Mercedes mata belalang ,dua."
"Baik Datuk!Sekarang juga saya pergi."Macam lipas kudung Din berlari ke kedai kereta setengah kilometer dari situ.
KAH!KAH!KAH!
Dua orang Datuk berlagak itu ketawa berdekah-dekah."tengok.. aku dah cakap.Driver aku tue memang bodoh!" Kata Datuk F sambil menekan-nekan perut kerana terlalu geli hati.
Selepas penat ketawa,Datuk N pula mengutuk pemandunya."Pemandu I lagi teruk.kalau you tak percaya,tengok ni"Dia pun memanggil Pemandunya,Donye.berlari Donye mendapatkan bosnya itu."Donye ,"kata Datuk N "pergi ke rumah saya,cuba tengok sama ada saya ada kat rumah ke tidak!"
"Baik Datuk!! sekarang juga saya pergi!!"balas Donye lalu terus cabut ke rumah Datuk N,satu kilometer dari situ.
KAH!KAH!KAH! Dua orang Datuk belagak itu gelak sampai meleleh air mata.
"Nampak apa yang I cakapkan tadi?Dia tak gunakan otak langsung,mana boleh I ada dua tempat yang berbeza dalam satu masa.Kah kah kah!"Datuk N ketawa terbahak-bahak.Datuk F pun gelak Setengah mati.
Nak jadikan cerita,kedua-dua pemandu itu bertembung di tengah jalan.Din geleng kepala,cakap pada Donye,"Bos aku tu bodoh betullah.Dia kasi aku 10 ringgit,suruh aku beli Mercedes dua biji.Mana boleh?kau pun tau sekarang kan hari minggu,semua kedai kereta tutup!"
Donye angguk tujuh lapan kali."Betul tu,betul,"katanya bersungguh-sungguh."Tapi aku rasa bos aku lagi bodoh! Ada ke patut dia suruh aku balik,tengok sama ada dia ada kat rumah ke tidak...padahal dia kan boleh cek sendiri,telefon je la."
No comments:
Post a Comment